Friday, January 7, 2022

 KENANGAN BELAJAR DI KOLEJ MATRIKULASI .

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.

    harini teha nak share sedikit pengalaman pahit manis belajar di kolej matrikulasi . jadi untuk pengetahuan semua , teha ni merupakan pelajar lepasan Kolej Matrikulasi Melaka yang menga,bil jurusan perakaunan . 

Bermulanya kisah ,

sebelum tu teha nak ceritalah , teha ni tak ada pun basic akaun , masa di sekolah menengah pun ambil pure science iaitu fizik kimia dan biology , kemudian diberikan tawaran ke kolej matrikulasi bagi modul satu. Hanya satu minggu sahaja di sains teha ambil keputusan untuk pindah ke akaun atas sebab minat , walaupun mula-mula sedikit menyesal sebab susah kerana tiada asas akaun , tapi teha bersyukur dikelilingi rakan-rakan dan tenaga pengajar yang sangat best . daripada teha tak ada apa ii alhamdulillah teha dapat keputusan yang baik pada kedua-dua semester , dan A bagi subjek perakaunan , jadi buat adik-adik yang ada hasrat untuk mengambil bidang perakaunan , pilihlah dengan cermat dan ikut minat anda . trust me , best sangat . tapi biasalah tak ada perkara yang senang dan mudah didunia ni . mesti ada sedikit  pengorbanan dan usaha . ceh padahal teha tak ada lah study hard sangat , yang penting jangan malu bertanya .


gambar seminggu di kelas sains

bersama rakan kelas akaun a2t3 dan a2t7 yang tersayang wkwkw 😂😍



PENGALAMAN PAHIT

haih , sebenarnya bila difikir-fikirkan tiada pun pengalaman pahit sangat . cuma , semasa teha melanjutkan pelajaran di matrikulasi pada tahun 2020-2021 , masa itu lah kemuncak berlakunya virus covid-19 jadi ia menyebabkan banyak aktiviti kolej tidak dapat dijalankan. selain itu , kami juga tidak dibenarkan outing atau pulang ke rumah kerana pihah kementerian kawatir akan keselamatan pelajar , walaupun pada awalnya ramai pelajar yang melakukan protes akhirnya mereka akur dan faham akan situasi yang dihadapi pada masa itu.

masa tu juga  tempoh pengajian kami juga  telah disingkatkan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk menyambut sambutan hari raya di rumah.jadi , jadual belajar kami sangat padat , bermula dari 8.00 pagi sehingga 6.30 petang . sangatlah  melelahkan tetapi itu tidaak mematahkan semangat kami untuk belajar . tak lupa juga mid sem break kami hanya 3 hari sahaja huhu


nak outing tak boleh kita merempit naik basikal kmm jelah , maafkan lah rakan-rakan saya yang kurang proper ni , excited naw



pengalaman pahit terakhir yang teha ingat adalah masuk hospital kerana keracunan makanan kerana beli makanan dari luar , itulah kali pertama teha kena warded dan ibu bapa teha tak dapat lawat kerana pandemik ni , masuk wad kecemasan dan ditahan 4 hari pada bulan puasa pulak tu , otak dah fikir macam mana nak belajar sebab buku tak bawa satu pun 


muka sedih kena tahan sakit ngeh



PAHIT AKAN MANIS JUGA AKHIRNYA ...

kalau nak cerita kenangan manis di kolej matrikulasi memang tak cukup tangan menaipnya , memori di matrikulasi adalah memori paling indah dimana teha dikurniakan kawan-kawan bilik yang baik dan classmate yang sangat membantu dan kelakar !


roommates dengan jiran-jiran blok a4 . paling selalu buat bising 

nak tulis semua tak boleh saya cerita pendek jelah ea, pengalaman manis saya yang pertama adalah kelas saya a3t7 dan a2t3 telah mengadakan rainbow run di kolej , jadi untuk pengetahuan korang , nak buat event ni sangat amatlah susah dan penat , saya dan rakan kelas terpaksa bahagi kan masa untuk belajar dan menguruskan event tersebut . ditambah lagi dengan pandemik covid-19 banyak prosedur yang perlu dibuat kerana aktiviti ini melibatkan sebilangan besar pelajar koleh , aktiviti rainbow run ini di buat tanpa bantuan guru , jadi kamilah yang mengelolakan dan menyediakan bajet untuk hari kejadian.


prepare dulu 





hari kejadian 


pengalaman manis yang kedua pulak adalah dapat join dikir barat , so mula-mula dikir barat ni join untuk dapat markah koko sahaja tetapi last-last jadi kawan rapat betul , pantang jumpaaa mesti tak kering gusi , masa ni kami join malam kebudayaan , sangat beruntung sebenarnya sebab tak semua opelajar dapat join malam kebudayaan kerana tiket laku kerassss.



seterusnya ada pemgalaman saya berpuasa di matriks , walaupun jadual belajar sangat padat dan kadangkala tiada masa untuk diri sendiri , saya bersyukur kerana dikelilingi dengan rakan-rakan yang sangat bersemangat , tak terasa diri ini sedang berpuasa dek kerana kesibukan nya , untuk pengetahuan korang , di matriks ada pasar malam macam bazaar ramadan gitu lah , dapatlah juga kami merasa vibe-vibe berpuasa dengan hidangan luar yang sangat sedap misalnya satay , air bandung cincau teh aiss aaaa sangat menggiurkan bila diingat balik.

eish mcam panjang sangat blog kalini , ada lagi nak share ni , kalau ada masa teha share lagi keyh , bye semuaaa , sihat sihat selalu taw , asslamualaikum 💓💓💓💓



No comments:

Post a Comment