Sunday, December 5, 2021

 

Kerajaan Nafi Tidak Bertanggungjawab Isu Berkaitan Kenaikan Harga Barang



Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan bahawa kerajaan tidak bertanggungjawab dalam menangani isu kenaikan harga barangan dan beliau berkata kerajaan sentiasa mengambil tanggungjawab dalam memastikan tindakan yang sepatutnya dilakukan supaya rakyat tidak terbeban.

Ini adalah respon terhadap video yang berdurasi 15 saat yang tular beberapa hari lepas bagi potongan ucapan beliau didalam satu majlis makan yang mendakwa kerajaan pimpinannya tidak bertanggungjawab terhadap kenaikan harga barangan. “dikatakan kerajaan tidak mahu jawab apa masalah petani itu, itu tidak betul. Video itu diedit (potong) untuk tujuan manipulasi.

“Kerajaan tidak akan berlepas tangan dengan mengatakan bahawa ini adalah luar kawalan,” katanya menerusi catatan yang dimuat naik di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, seperti yang diumumkan oleh beliau pada Majlis Makan Malam Persatuan Peladang Kebangsaan (NAFAS) 25 November lalu, kerajaan telah memperuntukkan RM262 juta untuk membantu golongan peladang iaitu RM62 juta untuk insentif racun dan pinjaman mudah sebanyak Rm200 juta tanpa faedah dan moratorium selama enam bulan. “Kalau dulu petani diberi RM200 sebagai insentif, sekarang ini kita tambah RM100 lagi menjadi RM300,” katanya. Justeru, alasan harga perlu dinaikkan kerana kos pengeluaran meningkat disebabkan harga racun tinggi tidak boleh lagi digunakan, memetik katanya di Harian Metro.


No comments:

Post a Comment