Saturday, January 8, 2022

 

Peningkatan Mangsa Banjir di 5 Negeri Hari Ini.



Mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sabah terus mencatat peningkatan pagi ini berbanding semalam.

Di negeri Pahang , hujan masih berterusan walaupun renyai dan telah menyebabkan pertambahan mangsa iaitu 2,188 masih berada di 51 PPS pada awal pagi ini, membabitkan lapan daerah, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Dan daripada jumlah keselurahan , 1,421 orang adalah mangsa banjir gelombang kedua dengan daerah Lipis mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 553 orang diikuti Rompin (340 orang) dan Raub (278 orang) dan selebihnya dari daerah lain yang berdekatan.

Yang mana dilaporkan 8 jalan ditutup akibat dinaiki air antaranya Jalan Sungai Lembing di Kuantan, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan (Maran), Jalan Kuantan-Segamat (Pekan), Jalan Temerloh-Jerantut (Temerloh) dan Jalan Bentong-Gua Musang (Lipis)

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula melaporkan enam sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Tanum di Chegar Perah di Lipis, Sungai Pahang di Paya Gintong (Jerantut) dan di Kuala Krau (Temerloh), Sungai Serting di Pdg Gudang (Bera), Sungai Luit di Kampung Subuh (Maran) dan Sungai Pukin (Rompin), manakala Jabatan Meteorologi (Met Malaysia) meramalkan cuaca hujan sepanjang hari di semua daerah terjejas banjir.,


















Negeri Melaka mencatat, jumlah mangsa telah meningkat kepada 2,537 mangsa daripada 656

 keluarga setakat jam 8 pagi ini berbanding 1,778 mangsa daripada 462 keluarga pada jam 8 malam tadi.

Pengarah daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra berkata, kesemua mangsa terjejas dari 14 kawasan di Alor Gajah, 9 di Melaka Tengah dan 9 di Jasin.

Terdapat seramai 1,015 mangsa daripada 270 keluarga ditempatkan di 10 PPS di Alor Gajah, 1,391 mangsa daripada 356 keluarga ditempatkan di sembilan PPS di Melaka Tengah serta 131 mangsa daripada 30 keluarga ditempatkan di 3 PPS di Jasin,Melaka.

Manakala Johor pula, jumlah mangsa juga bertambah kepada 3,841 orang pagi ini berbanding 2,553 orang semalam dengan 6 daerah dilaporkan terjejas banjir.

Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor ,Pengerusi R Vidyananthan berkata, Mersing menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan seramai 366 mangsa daripada 90 keluarga dan telah ditempatkan di enam PPS berdekatan.

Sementara Sabah, jumlah mangsa terus meningkat kepada 2,435 daripada 874 keluarga setakat pagi ini berbanding 1,823 mangsa daripada 599 keluarga malam tadi.

Dan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan setakat ini sebanyak 23 PPS  telah dibuka di 6 daerah di negeri ini sejak Jumaat lalu.

Manakala ,daerah yang terjejas banjir termasuk Kota Marudu seramai 1,973 mangsa daripada 520 keluarga ditempatkan di 12 PPS, daerah kecil Paitan 97 mangsa daripada 23 keluarga di tiga PPS.

Jabatan Info banjir pula memaklumkan hanya Sungai Kemaman di Rumah Pam Paya Paman, Kemaman merekodkan ketinggian melepasi paras amaran pagi ini.

Dan Negeri Selangor, 2 PPS di daerah Kuala Langat menempatkan 40 mangsa kembali dibuka semalam.

PPS itu adalah Dewan Orang Ramai Kampung Kelanang (25 mangsa) dan Balai Raya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Banting (15 mangsa).

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my setakat 6.45 pagi tadi melaporkan kawasan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat kini berada pada paras bahaya apabila mencatat 4.29 meter manakala Sungai Langat di kawasan Dengkil, Sepang berada pada paras amaran dengan ketinggian 7.07 meter.


No comments:

Post a Comment