Lokasi MH370 akhirnya ditemukan?
SHAH ALAM: Misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines, MH370 sejak 8 Mac 2014 kembali hangat diperkatakan setelah seorang jurutera aeronautik Britain mendakwa mengetahui kedudukan sebenar pesawat itu.
Memetik laporan BBC, Richard Godfrey percaya pesawat Boeing 777 itu terhempas ke Lautan Hindi iaitu kira-kira 2,000 kilometer barat Perth, bahagian Australia Barat.
Dalam rancangan Sunrise on7 terbitan media Australia, Richard dilaporkan telah ‘mengira’ kedudukan MH370 yang dilaporkan terhempas dan telah menghabiskan masa lebih setahun untuk menyiasatnya.
No comments:
Post a Comment