Friday, January 7, 2022

Perpaduan penting demi kemakmuran Malaysia





KUALA LUMPUR: Isu perpaduan bukan hanya berlaku di Malaysia malah di seluruh dunia.
Kepesatan teknologi terutamanya media sosial kadangkala membuatkan situasi menjadi lebih buruk.
Justeru, rakyat seharusnya lebih matang untuk mempertimbangkan isu semasa tanpa melupakan objektif utama iaitu menjaga kemakmuran negara.
Pandangan itu disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TMC Life Sciences Berhad, Nadiah Wan, yang berasakan semua pihak perlu bergabung tenaga bagi menyelesaikan pelbagai masalah dalam negara.
“Sekiranya tiada perpaduan, mungkin masa dan tenaga dihabiskan untuk selesaikan pertelingkahan, dan bukan masalah besar yang dihadapi negara kita.
“Saya juga rasa perpaduan membolehkan kita menggunakan semua sumber yang sedia ada, untuk pastikan negara kita makmur, terutama sekali sumber manusia.
“Dalam perniagaan dan mana-mana bidang pun, kita utamakan sumber manusia,” katanya kepada Astro AWANI pada Isnin.
Tambahnya, cabaran Malaysia sekarang adalah perlu berdepan dengan masa depan yang sangat kontra dengan dunia beberapa dekad lepas.
“Kita nampak juga mungkin di arena politik dan perniagaan, sangat kurang suara orang muda dalam membincangan polisi atau buat keputusan dalam hala tuju negara,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment