Sunday, December 5, 2021

 

Sejumlah 73 pelajar dan guru Sekolah Seri Puteri positif Covid-19.



Berita terbaru daripada media yang dipercayai , jumlah kini pelajar dan guru Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya yang disahkan positif Covid-19 setakat ini adalah seramai 73 orang.

Sebelum ini kerajaan telah membuka sekolah dan membenarkan pelajar dan guru ke sekolah untuk belajar tanpa perlu belajar secara online bagi memudahkan sesi persekolahan kerana sudah setahun sekolah ditutup gara-gara Covid.

Keputusan ini pada mulanya menerima banyak kecaman dan juga tentangan namun tiada paksaan yang dibuat oleh kerajaan berdasarkan isu tersebut malah ibu bapa berhak memilih mahu anak bersekolah atau hanya belajar secara online sahaja. Setakat ini , belum ada penularan wabak akibat daripada pembukaan sekolah namun baru-baru ini semakin banyak sekolah yang mempunyai guru dan murid yang dijangkiti Covid-19 dan ianya membuatkan ibu bapa merasa bimbang untuk menghantar anak ke sekolah.

Dalam laporan malam tadi, pihak media melaporkan bahawa Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin mengesahkan 65 pelajar SBP Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya positif Covid-19 dan dihantar ke PKRC Maeps Serdang. Manakala penjelasan terkini daripada Menteri Kesihatan iaitu Khairy Jamaluddin mengesahkan bahawa mereka yang dijangkiti dan positif Covid-19 di sekolah berkenaan adalah dua guru dan 71 pelajar yang terlibat.

Selepas Covid menyerang kawasan berkenaan ,seramai 451 individu sudah disaring iaitu 437 pelajar, 13 guru dan seorang petugas. Semua guru dan pelajar lengkap vaksinasi kecuali terdapat empat individu yang belum lengkap vaksinasi. Jelas Menteri Kesihatan Malaysia lagi bahawa seramai 65 pelajar yang dipindahkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang adalah pesakit kategori satu dan dua serta dilaporkan masih stabil Dalam perkongsian Twitter miliknya, Khairy mengesahkan bahawa seramai 242 orang kontak rapat dikuarantin di asrama sekolah berkenaan dan keadaan masih dalam kawalan dan dipermudahkan. Malah pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau pesakit dan memberi rawatan yang terbaik supaya keadaan menjadi normal kembali . Kes ini dapat dikenalpasti apabila seorang guru dijangkiti Covid-19, malah saringan kontak rapat kemudian mendapati terdapat seorang lagi guru dan enam pelajar positif Covid-19.

4 DISEMBER 2021


No comments:

Post a Comment