Sunday, December 5, 2021

 

Tips-Tips Terbaik Jimat Duit Masa Travel 



1. Bijak Mencari Waktu Percutian Yang Sesuai

Perkara utama yang perlu dititikberatkan ketika merancang sesebuah percutian tentunya destinasi. Pilih destinasi yang ingin dilawati di luar musim percutian.

Anda perlu sentiasa peka tentang tarikh yang dikeluarkan oleh agensi pelancongan di luar musim. Pasti anda akan mendapat tawaran hebat untuk tiket penerbangan.

2. Elakkan Membuat Penukaran Wang Di Lapangan Terbang Atau Di Hotel



Memang tampak mudah untuk menukar wang di lapangan terbang atau di hotel apatah lagi jika kita seorang yang sibuk dan ingin melancong ke luar negara.

Tetapi kebiasaannya, kedua-dua lokasi ini sering menawarkan kadar pertukaran wang asing yang lebih tinggi berbanding di luar.

Jangan tertipu dengan helah mereka mengatakan bahawa tiada yuran komisen yang dikenakan. Jadi, buat persiapan awal dengan curi sedikit masa untuk menukar wang di lokasi lain seperti di pusat beli belah.'

3. Pilih Untuk Menginap Di HostelAir BnB Atau Homestay



Mengapa bukan hotel? Kerana tempat seperti yang dicadangkan menawarkan harga yang jauh lebih murah, mempunyai kemudahan yang tidak terhad dan lebih fleksibel terutamanya buat mereka yang mempunyai keluarga yang ramai. Tapi, kalau melancong secara solo juga banyak kelebihan yang anda perolehi daripada lokasi penginapan seumpama ini.

Ruang dapur turut disediakan, jadi anda tidak perlu membazir untuk sentiasa makan di luar. Malah, lokasi seperti ini menawarkan pengalaman kepada pelancong untuk merasai dan ikut serta budaya lokal dengan bergaul dengan masyarakat setempat.

Anda pasti akan dapat lebih ramai kenalan baharu dan belajar dengan lebih banyak tentang aktiviti seharian mereka.

4. Daftarkan Diri Sebagai Worldpacker & Melancong Secara Percuma!



Sekiranya anda menjadi ahli Worldpacker (anda perlu menjadi ahli dan membayar yuran tahunan) anda boleh melancong, dan menetap di sesuatu lokasi secara percuma.

Caranya mudah saja, anda boleh mendekati hos destinasi yang ingin anda tuju dan sekiranya anda diterima, anda boleh menginap di sana dalam jangka masa yang telah dipersetujui dan menjadi sukarelawan sebagai penukaran servis kepada hos tersebut.

Anda akan diberi cuti dua atau tiga hari untuk menerokai tempat-tempat menarik setiap minggu. Menarik bukan? Pastinya suatu pengalaman yang lain daripada yang lain.

5. Elakkan Makan Di Luar



Tentunya banyak wang akan dihabiskan dengan acara makan-makan ketika melancong. Tapi untuk dapatkan penjimatan yang lebih, berbelanjalah barangan dapur di pasaraya tempatan dan pelajari cara untuk memasak hidangan lokal di tempat penginapan. 2 in 1: Dapat jimat wang dan belajar resipi tradisi baharu! Tentu menarik bukan?




No comments:

Post a Comment