Sunday, October 17, 2021


sudah dipukal baung dilembah,
sayangnya kelah terlepas jala.
madah diungkap izin persembah,
dengan bismillah kita bermula.


Assalamualaikum semua ! selamat datang ke blog JomSembang. Ada cerita apa hari ini? musim-musim pandemik covid-19 ni, sebaiknya kita layan blog secara atas talian sahaja ya. elakkan bersentuhan dan stay safe semua !


Tanpa membuang masa lebih lagi , elok kiranya saya memperkenalkan diri . Nama saya Fatin  Norfatihah binti Sapri. Lahir pada tanggal 7 Oktober 2002 .hehe , cubalah  teka berapa umur saya sekarang? 
Saya merupakan anak jati kelahiran Johor yang menetap di Batu Pahat dan berasal daripada keluarga yang sederhana , anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik yang semuanya perempuan. Suka berpantun,travel dan 'foodhunter' 


padi segemal kepuk dihulu
sirih dihilir merekap junjungan
kepalang duduk menuntut ilmu
pasir sebutir jadikan intan


 

saya memulakan pembelajaran saya di Sekolah Kebangsaan Parit bilal , kemudian bersekolah di Sekolah menengah Kebangsaan Datin Onn Jaafar. Berbekalkan keputusan SPM yang cukup-cukup makan , saya telah melanjutkan pembelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka dalam jurusan perakaunan. alhamdulillah kini, saya berjaya menyambung pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia . masih di tahun 1 , masih mencari pengalaman dan ilmu untuk kegunaan hari kelak